Friday, 26 December 2014

Hadiah....

Apa cerita pula kali ni... Hadiah apa la pulak ni kan... Hehehe... Tak ada la menang apa-apa peraduan pun... Tak pernah pun... Kadang-kadang terajin la pulak masuk pertandingan-pertandingan ni seperti AEON, Shell, Power Root dan banyak lagi... Tapi tak ada rezeki pun nak menang...

Ok la, sebelum melalut lebih jauh lagi, saya nak kongsi hadiah-hadiah yang diterima daripada saudara mara dan sahabat-sahabat yang sudi datang menziarah melihat Zu dan baby... Daripada baju, pakaian baby, hamper, wang ringgit, dan pelbagai lagi... Terima kasih semua... Alhamdulillah rezeki baby....

 Yang dalam kotak tu baju... Mak long baby dari Teluk Intan yang bagi

 Antara hamper dan hadiah yang diterima

Rocker ni Mak Teh baby dari Tampin yang bagi ni...

Banyak lagi yang tak sempat nak diambil gambar... Antaranya baju-baju sebab terus cuci untuk baby pakai... Maklumlah baby kan, banyak baju kena sediakan... Kadang-kadang bila baby buang air kecil atau besar habis baju dia... :)  

Wednesday, 24 December 2014

Permata Hati......

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah S.W.T diatas kurnia rezekiNYA yang telah diberikan kepada kami sekeluarga... Pada tanggal 22 Disember 2014 bersamaan 29 Safar 1436 telah lahir putera hati pertama kami jam 9.58 malam... Seberat 3.00 kilogram... Di Hospital Putrajaya...

Sumber Gambar Dari Encik Google

Pengalaman yang cukup indah... Ada rezeki saya menyaksikan kelahirannya... Segalanya dipermudahkan pada hari tersebut...

Setelah mendapat sms dari isteri mengatakan darah keluar... Saya bergegas ke rumah dari UKM pada hari tersebut... Agak laju juga saya membawa kereta... Mungkin agak berbahaya sedikit.... Hehehe... Ye la, siapa la yang tak gemuruh ye tak bila dapat khabar berita macam tu... Tapi di rumah pada hari tersebut ada kakak dan adik isteri menemaninya... Saya dah minta kakak ipar terus hantar isteri ke hospital setelah siap sedia tanpa menunggu saya...

Setelah bertembung dengan kereta mereka, saya terus mengiringi mereka ke Hospital Putrajaya... Kami tiba lebih kurang jam 10 pagi... Alhamdulillah tak susah untuk meletakkan kereta kerana kebetulan ada 2 petak tempat kereta yang kosong. Selalunya penuh...

Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor mengatakan bukaan baru 2 cm... Disebabkan katil wad penuh di Hospital Putrajaya, isteri dihantarkan ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) di Persint 8 dengan ambulan... Cuma lebih kurang 5 minit dari Hospital Putrjaya... Zu lebih suka di sini kerana di sini lebih selesa... Setiap bahagian seperti sebuah apartment... Ada 3 bilik setiap bahagian... Dan setiap bilik untuk seorang pesakit sahaja... Jururawat yang ditugaskan pun ramai...

Gambar Sumber Encik Google

Setelah menemani Zu sehingga tamat tempoh melawat, saya ke surau Persint 8 sementara menunggu berita selanjutnya dari Zu... Sebaik sahaja selesai solat Isyak, Zu menghubungi saya mengatakan bukaan dah buka dari 3 cm pada petang tadi ke 6 cm... Dari PBBR, dengan ambulan, Zu dihantar semula ke Hospital Putrjaya... Di sana saya hanya menunggu di luar sementara menunggu doktor memeriksa keadaan Zu dan baby... Setelah Zu bersedia, jururawat yang bertugas memanggil saya untuk menemani Zu...

Inilah saat yang kami tunggu-tunggukan selama in... Para doktor dan jururawat sangat memahami dan memberikan semangat dan sokongan kepada Zu untuk melahirkan baby sulong kami.... Syabas dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada perkhidmatan cemerlang kakitangan Hospital Putrajaya dan PBBR Putrajaya... Alhamdulillah, semua doktor dan jururawat yang bertugas adalah muslimah... Ada seorang doktor pelatih lelaki baru yang nak melihat, tetapi Zu meminta doktor tersebut agar tidak melihat... Kita sebagai pesakit dan pelanggan berhak untuk menolak permintaan doktor pelatih lelaki untuk melihat dan mereka akan paham dan keluar...

Dengan kerjasama kakitangan hospital yang sangat cekap, proses kelahiran berjalan lancar dan baik... Tepat jam 9.58 malam lahirlah PERMATA HATI kami yang pertama didunia ini... Rasa nak terkeluar juga air mata melihat keindahan rezeki dari Ilahi... Setelah selesai jururawat membersihkankan dan memakaikan baby dengan baju baru, saya dipanggil untuk bersama baby dan Zu... Saya azankan baby di telinga tangannya... Sempat saya sapukan lelangitnya dengan air zamzam yang sedia dibawa dari rumah.. Cuma nak mentahnikkannya dengan buah kurma tak sempat kerana baby dah merengek minta disusukan...

Zu kemudian dihantar semula ke PBBR untuk berehat bersama baby... Semua proses selesai lebih kurang jam3.30 pagi... Hendak ke rumah takut pula menganggu mentua tengah tidur, jadi saya ambil keputusan untuk ke Masjid Tuanku Mizan Putrajaya untuk tidur sebentar sementara menunggu waktu solat Subuh...

Keesokannya, baby dan Zu dibenarkan pulang ke rumah... Petangnya, mentua bawa mereka ke Tampin, Negeri Sembilan untung berpantang di sana... Saya menyusul pada sebelah malamsetelah selesai mengemas barang yang hendak dibawa...

Wednesday, 17 December 2014

Projek Tanaman : Pokok Kobis Bunga

Ini merupakan projek tanaman terbaru saya... Pokok ini merupakan Pokok Kobis Bunga atau lebih dikenali sebagai 'Cauliflower'... Seperti Pokok Belalai Gajah, saya juga menanam pokok kobis bunga ini dalam bekas air mineral 10 liter yang diubahsuai menjadi seperti pasu... 

Baru seminggu saya pindahkan dari polibeg ke bekas berisi tanah ini... Pokok ni jadi layu sedikit selepas dipindahkan... Mungkin cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru... Antara khasiatnya sayur ini mengandungi serat yang tinggi, Vitamin B6, Kalium, Kalsium, Protein dan juga Zat Besi... 

Pokok Kobis Bunga ini boleh ditanam daripada biji benih... Setelah pokok ini telah mengeluarkan bunga yang agak besar, maka boleh la ia dituai... Setelah dituai, jangan biarkan pokok ini mati begitu sahaja... Teruskan beri perhatian terhadap pokok ini dan terus menyiramnya... Pokok ini akan mengeluarkan anak pokok pada batangnya... Kemudian anak pokok ini boleh dicantas dan pindahkan ke pasu yang lain... Makan sayuran yang ditanam sendiri ni lebih sedap rasanya... Dan kita tak perlu bimbang mengenai racun serangga, kerana kita tidak menggunakannya... :)

Monday, 15 December 2014

Projek Tanaman : Pokok Serai

Ini bukan lalang ye... Tetapi merupakan pokok serai... Pokok Serai antara pokok yang mudah ditanam... Dan mudah tumbuh juga... Jika ada yang membeli serai di kedai atau pasar, kemudian ada lebihan yang tidak digunakan... Cucuk sahaja pada tanah... Dengan siraman air yang mencukupi, pokok serai ini akan tumbuh dengan jayanya...

Menurut Wikipedia, pokok serai ini berasal dari Sri Lanka... Tetapi rasanya Pokok Serai ni digunakan oleh masyarakat melayu dalam pelbagai masakan... Selain memberikan aroma wangi dan sedap, serai juga menjadi penambah rasa dalam masakan...

Ada juga kajian mengatakan bahawa 1 gram serai mengandungi Citral yang mencukupi untuk membunuh sel kanser... Kajian dari Jabatan Sains Dan Teknologi, Institut Penyelidikan Makanan Dan Nutrisi mengatakan serai juga mengandungi bahan anti-oksidan... Di mana bahan anti-oksidan ini perlu bagi mencegah sel kanser... Manakala kajian dari Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Wisconsin mengatakan bahawa serai juga boleh menstabilkan tekanan darah dan kolestrol...

Pokok serai ni ada yang tumbung... Kerana ada kucing yang comel tak tahu siapa yang punya suka bermain2 dengan pokok serai ni.... Jadi terpaksa la ikat untuk mengelakkan lebih banyak yang tumbang...


Thursday, 11 December 2014

Projek Tanaman : Pokok Pandan

Projek tanaman kali ni merupakan pokok pandan... Pokok ni selalunya memang ada di halaman rumah masyarakat melayu... Daun pandan ni kadang-kadang susah juga nak cari di pasar... Mungkin sebab ramai yang tanam, harganya jadi terlalu murah. Tu yang tak ada ramai yang nak jual la agaknya...

Benih pandan ni ambil dari kampung je... Mak tanam dalam pasu... Tapi saya pilih untuk tanam di tanah halaman rumah je... Kerana kalau tanam dalam pasu, pokok pandan tu akan terbantut tumbesarannya... Ini merupakan tanaman kali ke dua... Percubaan kali pertama gagal... Mungkin kerana pada masa itu, cuaca terlalu panas... Sukar untuk pokok pandan ni tumbuh...

Daun pandan ni digunakan secara meluas dalam masakan dan minuman oleh masyarakat melayu... Namun begitu ada juga yang menggunakan sebagai perubatan traditional... Antaranya, dikatakan boleh menurunkan darah tinggi dengan cara rebuskan 2 gelas air besama daun pandan sehingga air menjadi lebih kurang segelas... Minum setengah gelas pada sebelah pagi dan setengah gelas pada sebelah petang...

Selamat Mencuba >>>

Wednesday, 10 December 2014

Projek Tanaman : Pokok Kari

Projek tanaman seterusnya merupakan Pokok Kari... Besar tak... Tengok betapa sihatnya daun dia... Jangan cemburu... Hehehe... Pokok Kari ni boleh ditanam melalui biji benih ataupun keratan batangnya... Mudah kan...

Pokok Kari ni memang tahan lasak... Walaupun dalam cuaca panas tak menentu seperti di negara kita Malaysia, Pokok Kari ni masih boleh hidup dengan baik dan subur... Jadi tak susah sangat menjaganya... Pokok Kari juga dikatakan berasal dari negara India dan Sri Lanka... Mungkin betul la agaknya... Kerana masyarakat India memang suka makan kari... Kalau ke restoran mamak tu memang tak sah kalau tak ada kari kan...

Daun kari ni kebanyakkan kita gunakan dalam masakan terutamanya dalam masakan berempah... Tetapi masyarakat India ada juga menggunakan daun kari ni dalam perubatan tradisional mereka... Antara yang diceritakan kepada saya, mereka jadikan daun kari ni sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit... Jus daun kari yang dikisar dan dicampurkan bersama madu dapat menjadi penawar kepada sakit cirit-birit dan buasir... Selamat mencuba la ya... Kalau berkesan boleh kongsi-kongsi...

Tuesday, 9 December 2014

Projek tanaman : Pokok Belalai Gajah

Projek Tanaman kedua saya merupakan pokok Belalai Gajah... Benih pokok ini diberikan oleh kawan isteri... Pokok ini lebih mudah ditanam... Kita hanya perlu cucukkan batang pokok ini ke dalam tanah... Dengan air yang mencukupi, dalam masa 2-3 minggu kita akan dapat lihat daun pokok ini mula tumbuh... 

Saya hanya menanam pokok ini dalam bekas air mineral 10 liter tu... Potong bahagian atas botol tersebut, dan buatkan beberapa lubang di dasar botol tersebut untuk memudahkan laluan air... Selain lebih menjimatkan daripada membeli pasu, kita dapat mengguna semula barangan terpakai...

Cara memakannya, kita boleh makan terus daun Belalai Gajah ini untuk dijadikan ulam ataupun kita kisarkannya bersama air untuk dijadikan jus... Rasanya pahit-pahit sedikit tapi agak sedap juga...

Antara khasiat daun Belalai gajah ni, dapat mengurangkan tekanan darah, kencing manis dan tahap kolesterol yang tinggi... Dikatakan juga daun ini dapat membuang toksik di dalam badan dan mengurangkan keletihan... Selamat mencuba... :)

Lihat betapa besar dan sihatnya daun Pokok Belalai Gajah ini... :)

Monday, 8 December 2014

Projek Tanaman : Pokok Kucai

Lama tak berkebun ni... Ini merupakan pokok kucai... Tak banyak orang nak tanam pokok kucai ni... Sebenarnya pokok kucai ni tak susah nak hidup... Kita boleh tanam pokok kucai ni melalui rizom (bebawang) ataupun biji benih... Pokok kucai boleh ditanam dalam mana-mana tanah sekalipun... Asalkan bekalan air untuk pokok ini mencukupi... 

Selepas 2-3 bulan, pokok kucai kita dah jadi gemuk dan panjang... Masa ni kalau nak tuai pun dah boleh... Kan dah jimat, tak perlu beli di kedai lagi.... Betul tak... Semasa menuai, potong hanya bahagian daun sahaja... Biarkan pangkalnya... Nanti pokok kucai ini akan tumbuh semula.... Sekali tanam, boleh makan berkali-kali... :) 

Pokok kucai ni tahan panas, dan tak memerlukan air yang banyak... Tapi pastikan kita sentiasa menyiramnya... Kalau tanah menjadi terlalu kering, pokok ini akan layu dan boleh mati...

Banyak khasiat pokok kucai ni... Antaranya pokok kucai ini mengandungi Vitamin C, Vitamin B, Karotin, Sulfur yang mana dikatakan boleh mengurangkan darah tinggi, penyakit senggugut, keputihan dan sembelit...

Cara memasaknya pelbagai, kita boleh campur bersama sayur-sayuran lain ketika memasak, di dalam mee atau kuew tiaw  goreng, mahupun cucur goreng... Ada yang kata nak buat jus pun boleh...  Tapi saya tak pernah cuba la... Tak tau la apa rasanya... Sesiapa yang dah cuba boleh cerita kepada saya :)

Sunday, 7 December 2014

Majlis Pelancaran Kempen Global Selamatkan Al-Quds....

Pada Jumaat lepas bertarikh 5 Disember 2014 telah berlangsungnya satu majlis Pelancaran Global Selamatkan Al-Quds bertempat di Ruang Solat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya anjuran skretariat Kempen Global Selamatkan Al-Quds... Bermula dari jam 12.00 tengah hari sehingga 3 petang...

Pelancaran kempen ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Ahmad Zahid Hamid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri... Kempen ini bertujuan menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa... Disamping itu mengumpul dana untuk membantu mereka disana... Kempen ini juga berharap dapat menarik perhatian rakyat antarabangsa dalam mengkritik tindakan kejam pihak Israel terhadap rakyat Palestin...

Skretariat kempen ini dianggotai oleh 27 NGO yang bergabung tenaga di seluruh Malaysia... Antaranya adalah Al-Quds Faoundation Malaysia (QFM), Aqsa Syarif, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Viva Pelestina Malaysia (VPM), Palestian Cultural Organization (PCOM), Yayasan Restu, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Aman Palestin, Aman Malaysia, dan banyak lagi...

Majlis dimulakan dengan tayangan video mengenai penderitaan rakyat Palestin... Dalam video tersebut kita dapat lihat kekejaman pihak zionis Israel yang mana tidak disiarkan oleh mana-mana stesen media antarabangsa...

Majlis diteruskan dengan tazkirah bertajuk "Al-Quds Dalam Bahaya" oleh seorang profesor dari universiti tempatan... Maaf tak ingat nama beliau...

Kemudian majlis diteruskan dengan khutbah khas Jumaat yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya... Khutbah khas yang disampaikan bertajuk "Selamatkan Al-Quds"... Selesaikan solat Jumaat, majlis diteruskan dengan Solat Hajat untuk memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dalam membantu umat Islam memperjuang mempertahankan bumi Palestin dan juga Masjid Al-Aqsa...

Setelah selesai Solat Hajat, majlis menjemput wakil dari rakyat Plaestin untuk memberikan ucapan dan kata-kata harapan daripada rakyat Palestin...




Di bahagian tepi masjid terdapat pameran fotografi yang menceritakan seribu macam cerita mengenai perjuangan dan penderitaan penduduk Palestin...

Sesiapa yang berminat untuk menderma boleh la menderma di nombor akaun 1434-0001-5161-04 CIMB Islamic Bank...

Boleh juga menghubungi sekretariat ni di Al-Quds Foundation Malaysia, 2-35, PV128, Jalan Genting Kelang, Setapak 53100, Wilayah Perkutuan, Kuala Lumpur, Malaysia... 
No Tel : +603-4131 2650
Email : info@alqudsmalaysia.org
Laman Web : www.selamatkanalquds.com
Fesbook : /savealquds
Twitter : @savealquds

Marilah kita sama-sama memberi sokongan padu... Semoga kempen ini dapat dilaksanakan dengan jayanya...

Saturday, 6 December 2014

MAHA 2014.... Siri 2 :)

Sambungan Hari MAHA 2014... 

Dari tempat hentian pertama kami tu, kami ke tempat jualan buah-buahan... Tak pasti sama ada harga yang ditawarkan di sini murah atau tidak berbanding dengan jualan biasa di tempat-tempat lain... Tetapi buah-buahan di sini kelihatan cantik dan berkualiti... Di bahagian ini, buah-buahan ini merupakan hasil tanaman dari MARDI sendiri... Semasa kami tiba di sini, ada beberapa jenis buah-buahan yang telah habis dijual... Mungkin kerana hari pun dah malam... Di sini kita akan lihat kain rentang dengan slogan "Jihad Memerangi Orang Tengah" di pelbagai sudut... Ini penting untuk mengelakkan para petani dan peladang mendapat harga yang rendah dari hasil titik peluh mereka sendiri... Apabila dijual oleh mereka sendiri harga hasil tanaman itu sendiri akan lebih murah jika tidak melalui orang tengah...

Dari tempat jualan MARDI tu, kita akan lihat banyak gerai-gerai menjual pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan... Dari pokok bunga, pokok hiasan hinggalah ke pokok buah-buahan dan sayur-sayuran terdapat di sini... Sesiapa yang suka bercucuk tanam tu, masa ni lah mereka boleh dapatkan benih-benih tumbuhan yang bermutu tinggi... Baja, tanah dan peralatan untuk bercucuk tanam juga ada dijual di sini...

Bersebelahan dengan gerai jualan tumbuh-tumbuhan tadi terdapat pula pelbagai gerai jualan buah-buahan... Antara buah yang banyak dijual di sini merupakan buah Pisang Kaki... Tengah musim agaknya... Macam mana ye rasanya... Tak pernah makan... Tapi tak ada pulak rasa nak makan... Hehehe... Jus buah-buahan segar juga ada dijual di kebanyakan gerai buah-buahan di sini...

Dari sini kami naik semula 'shuttle' ke tempat kami mula-mula naik tadi... Tak berhenti di mana-mana perhentian, kerana hari pun dah semakin lewat malam... Sepanjang perjalanan, kita dapat lihat pelbagai aktiviti dan program yang disediakan oleh pihak penganjur...

Dari hentian di Dewan Makan, kami ke tingkat 3 untuk ke laluan menuju ke Gerai Jualan IAT.... Sepanjang perjalanan ada juga terdapat dewan pameran dari agensi kerajaan dan agensi NGO... Kami tak pula singgah di sini...



Di Gerai Jualan IAT ini, terdapat pelbagai jualan produk makanan yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan tempatan yang peratusan besarnya merupakan usahawan bumiputera... Di sini kita dapat mencuba pelbagai sempel produk makanan yang disediakan... Yang mana sedap tu boleh la beli... Jalan-jalan di sini sahaja dah boleh buatkan kaki kita lenguh... Tapi seronok juga kerana kita boleh mencuba pelbagai jenis makanan tanpa membayar... :)

Di luar Gerai Jualan IAT ini terdapat persembahan ular.... Sesiapa yang berani tu boleh la cuba memegang ular tersebut dan bergambar dengannya...

Perut pun dah lapar... Kaki pun dah lenguh... Kami kembali semula ke Dewan Makanan untuk menjamu selera... Terdapat ramai pengunjung di sini... Gerai makan terdiri daripada makanan popular di seluruh Malaysia terdapat di sini... Pening juga nak memilih bila dah banyak sangat... Sambil menjamu selera, kita akan dipersembahkan persembahan 'live' dari kumpulan band tempatan...

Hasil tangkapan dari MAHA 2014... Walaupun tak dirancang tapi beli juga... :)

Thursday, 4 December 2014

MAHA 2014....

Pada minggu lepas,saya dan isteri telah ke MAHA 2014... Sangat meriah... Terlalu ramai orang... Kami pergi selepas kerja... Jadi tempat letak kereta tak ada la penuh sangat... Jikalau waktu cuti sabtu dan ahad memang ramai... Cuma waktu ni terlalu banyak kawasan tempat letak kereta, tak tahu mana satu yang yang lebih mudah dan lebih dekat... Sangat luas tempat program ini... Dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu mengikut program-program yang disediakan... Kami tak pergi semua pun... Kesian dekat isteri kena berjalan jauh nanti... Pergi mana yang sempat je... Lagipun hari pun dah malam... Tak nak terlalu lama...

MAHA kali ini seperti tahun sebelumnya diadakan di MAEPS, Serdang... Berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia,UPM dan juga Hospital Serdang... Bermula dari 20 November sehingga 30 Novermber... Bemula 10 pagi sehingga 10 malam... Kalau nak ke sini rasanya 1 hari je memang tak cukup...


Jarak antara satu vanue ke satu vanue agak jauh... Dari tempat letak kereta ke vanue-vanue tersebut juga agak jauh... Namun pihak penganjur telah menyediakan 'shuttle'... Agak unik, di mana ianya ditarik oleh traktor... Bukan kat ladang je yang ada tractor... :)  Kami meletakkan kereta berdekatan dewan makanan... Dari situ kami menaiki 'shuttle' tersebut... Ada sukarelawan disediakan di setiap tempat perhentian untuk pengunjung bertanyakan soalan... Setiap 'shuttle' menuju ke vanue yang berbeza... Kami memilih perjalanan laluan B kerana tempat pertama yang kami ingin tuju adalah tempat buah-buahan...

Ini merupakan hentian pertama kami.... Di sini terdapat bermacam-macam produk pertanian dijual.... Dari buah-buahan hinggalah kepada tumbuh-tumbuhan...

Dari sini dapat lihat ramai pengunjung... Terang-benderang walaupun waktu ini malam sebenarnya...

Antara pokok yang dipamerkan di sini... Pokok ni dinamakan pokok rock melon... Rock melon ni lebih sedap rasanya berbanding tembikai susu biasa tetapi agak mahal sedikit...

Sampai di sini dahulu coretan kali ini... Akan bersambung di lain hari... Mata pun dah ngantuk... Bateri laptop pun dah nak habis... Hehehe... :)
  

Monday, 24 November 2014

Jenayah Ragut...

Jenayah ragut sekarang ni makin menjadi-jadi... Betul tak... Saya bukan nak cerita pengalaman ragut... Cuma nak kongsi cara mengatasinya.... Mencegah lebih baik daripada mengubatinya... Adik ipar saya pernah cerita,dia pernah mengalami situasi begini... Penjenayah tersebut meragut beg kawannya ketika berada di dalam kereta, di mana peragut memecahkan tingkap kereta, lalu mengambil beg di tempat penumpang dan terus melarikan diri... Kejadian berlaku sekelip mata, ketika kereta berhenti di lampu isyarat di Selayang, Kuala Lumpur... Bahaya kan... Jadi kita perlulah sentiasa beringat dan berhati-hati... Selalunya kes ragut ni melibatkan wanita... Mungkin kerana mereka selalu membawa beg tangan dan mudah untuk meragutnya...

Sumber Gambar Encik Google

Cara-cara Mengatasi Jenayah Ragut
  • patuhi langkah-langkah keselamatan semasa berada di tempat terbuka atau di tempat awam 
  • elakkan menunjuk-nunjuk barangan berharga atau wang membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut 
Sumber gambar : Encik Google

  • elakkan letak beg tangan dalam bakul motosikal yang terdedah
  • elakkan menyandang beg tangan di bahu tanpa di pegang, ataupun memakai beg secara silang 
Memakai beg secara silang
Sumber gambar : Encik Google

  • elakkan berjalan bersendirian di tempat sunyi, biarlah berteman atau cari jalan lain yang lebih selamat
Sumber gambar : Encik Google
  • Berjalan kaki secara menyongsang arus trafik, supaya kita dapat melihat apa sahaja kenderaan yang datang ke arah kita... Banyak kes ragut melibatkan motosikal dan pejalan kaki...
Sumber gambar : Encik Google



Friday, 21 November 2014

Tukar Tayar...

Hmmm.... Tayar kereta dah ditukar... Tempoh hari terkena paku... Lubangnya agak besar juga... Jadi saya buat keputusan untuk tampal je terlebih dahulu... Tetapi selepas seminggu angin tayar masih berkurangan... Terpaksalah tukar tayar baru... Tukar pada bahagian belakang sahaja kiri dan kanan... Kami memilih tayar berjenama Michelin... Walaupun agak mahal berbanding tayar jenama lain seperti Good Year dan Continental, daripada survey di blog-blog mekanik mengatakan tayar jenama ini lebih tahan lasak dan sesuai untuk pemanduaan jarak jauh... Setakat ini kami jumpa kedai tayar Michelin yang paling murah di Dengkil adalah kedai tayar berhampiran dengan Bank CIMB Dengkil... Kami ditawarkan harga RM 180 sebuah... Ok la kan... Kedai-kedai lain menjual harga dalam sekitar RM185-RM195...


Saya kongsikan sedikit tips-tips membeli tayar yang perlu kita ambil tahu sebelum membeli tayar...

1. Pilih tayar yang sesuai dengan keupayaan kereta... Sebagai contoh myvi 1.3 sesuai dengan tayar 14 inci... Jika lebih atau berkurangan akan menyebabkan jangka hayat penyerap hentak menjadi lebih pendek dan penggunaan minyak juga akan lebih banyak... Zaman-zaman minyak mahal ni kenalah berjimat.. Betul tak...

2. Selepas tu lihat satu rangkaian nombor di tepi tayar... Rangkaian nombor ni mempunyai info-info tertentu mengenai tayar tersebut...
Sebagai contoh siri nombor pada tayar saya 175/65 R14 85H

175 menunjukkan lebar permukaan bawah tayar (175 mm)
65 menunjukkan lebar permukaan sisi tayar (65 mm)
R14 menunjukkan jejari/diameter (14 inci)
82 menunjukkan muatan kereta yang boleh dibawa (sehingga 475 kg)
H menunujuk had laju maksimum untuk tayar (sehingga (210 km/j)

3. Seterusnya lihat pula pada sisi permukaan tayar tu terdapat satu siri 4 nombor... Nombor tersebut mewakili tarikh pembuatan tayar tersebut
Tayar saya 3314 menunjukkan tayar ni dibuat pada minggu ke-33 2014... Jangan membeli tayar yang sudah melebihi 2 tahun pembuatannya kerana sudah tamat tempoh... Sangat berbahaya kerana terdapat risiko tayar boleh meletop ketika had laju yang tinggi...

4. Apabila menukar tayar, tukar la tayar 4 atau 2 buah sekali... Kalau 2 pastikan depan atau belakang bukan kiri atau kanan... Ini untuk memastikan kereta kita seimbang... Pemanduan akan lebih lancar dan lebih menjimatkan minyak...

Ini sahaja yang saya tahu... Untuk maklumat lanjut boleh bertanyakan kepada mekanik yang berpengalaman... Kalau tanya di kedai tayar, kemungkinan kena tipu tu ada... Hehehe... Lebih senang tanya la Encik Google... Semua dia tahu :)

Thursday, 20 November 2014

Paya Indah Wetland.....

Berdekatan dengan rumah saya terdapat sebuah taman yang dinamakan Paya Indah Wetland... Tak sampai 10 minit dari rumah, sangat dekat.. Taman ini dikendalikan oleh Jabatan Perhilitan Malaysia.. Boleh dikatakan seperti zoo kecil... Banyak haiwan yang kita boleh lihat di sini... Masuk adalah percuma, tiada bayaran dikenakan... Cuma perlu daftarkan diri pada pondok keselamatan ataupun  di kaunter yang disediakan didalam... Kalau tak mendaftar pun tak ada siapa yang tau... Hehehe... Ini cuma untuk mereka rekod sahaja...

Saya dan isteri selalu jalan-jalan di sini pada petang sabtu atau ahad.. Banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sini... Antaranya boleh memancing (pancing dan umpan pun boleh disewakan), aktiviti berkhemah, berbasikal (basikal bawa sendiri), kenduri kawin dan pelbagai aktiviti yang bersesuaian...
Tempat ini sangat luas...

Pejabat operasi Jabatan Perhilitan Paya Indah... Boleh daftarkan diri di sini untuk pelbagai aktiviti yang disediakan...

Antara lokasi-lokasi menarik yang boleh dikunjungi di sini dan prasarana yang disediakan untuk pengunjung...


Di Kolam Ekologi ni, kita boleh duduk sambil berehat-rehat... Terdapat banyak ikan di sini... Ini merupakan lokasi wajib untuk saya dan isteri kunjungi... Sebelum ke sini kami akan beli sebuku roti untuk dilemparkan kepada ikan-ikan di sini... Di pejabat tadi juga kita boleh membeli makanan ikan... Untuk menghilangkan 'Stress', tempat ini memang sesuai...

Walk of Green ini disediakan untuk mereka yang sukakan taman-taman hijau...




Kolam yang pertama yang kita akan jumpa, Kolam Hippo... Terdapat 4 ekor badak air yang dipelihara di sini kalau tak  silap... Seekor baru lahir... Tahniah kepada Jabatan Perhilitan di atas usaha yang dijalankan...


Kolam kedua yang kita akan jumpa merupakan Kolam Buaya.... Terdapat lebih 30 ekor buaya tembaga yang ada di sini... Kolam buaya ini sangat luas...


Berhampiran dengan Kolam Buaya terdapat kandang landak... Yang kelakarnya pada kali pertama kami ke sini, kami tak berani nak datang dekat kerana takut landak ni memancutkan durinya.... Hehehe... 
Rupa-rupanya daripada info yang terdapat disini besar-besar tertera landak TIDAK boleh memancutkan durinya... terpengaruh dengan tv la agaknya, tu yang tak berani tu....

Berhampiran dengan pejabat tadi terdapat kandang Burung Merak dan kandang Pelanduk... Kadang-kadang kita dapat lihat Burung Merak ni berkiaran di koridor tak jauh dari kandangnya... Saja je bawa anak saudara bersiar-siar di sini tempoh hari...


Pekhidmatan Chalet juga disedikan.... Cuma RM110 sahaja semalam... Sesiapa yang berminat untuk bermalam disini boleh la bawa keluarga bersama... Tempat yang sangat cantik...

Pada setiap sabtu, ahad dan cuti umum, Jabatan Perhilitan akan mengadakan sesi memberi makan kepada badak air, buaya dan landak... Bermula dengan landak jam 9 pagi, kemudian badak air pada 10 pagi, seterusnya buaya jam 11 pagi... sambil memberi makan kepada haiwan tadi, pihak Jabatan Perhilitan akan memberikan info-info ringkas kepada para pengunjung... 

Tempat ini sangat luas, sesuai untuk dijadikan tempat Hari Keluarga atau pun untuk kunjungan pelajar sekolah mahupun universiti.... Buka setiap hari dari jam 7.30 a.m hingga 7.00 p.m.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi

Paya Indah Wetland,
Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor.
Tel : 03-87687616/8726
Fax : 03-87688424
Email : piw@wildlife.gov.my