Wednesday, 24 December 2014

Permata Hati......

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah S.W.T diatas kurnia rezekiNYA yang telah diberikan kepada kami sekeluarga... Pada tanggal 22 Disember 2014 bersamaan 29 Safar 1436 telah lahir putera hati pertama kami jam 9.58 malam... Seberat 3.00 kilogram... Di Hospital Putrajaya...

Sumber Gambar Dari Encik Google

Pengalaman yang cukup indah... Ada rezeki saya menyaksikan kelahirannya... Segalanya dipermudahkan pada hari tersebut...

Setelah mendapat sms dari isteri mengatakan darah keluar... Saya bergegas ke rumah dari UKM pada hari tersebut... Agak laju juga saya membawa kereta... Mungkin agak berbahaya sedikit.... Hehehe... Ye la, siapa la yang tak gemuruh ye tak bila dapat khabar berita macam tu... Tapi di rumah pada hari tersebut ada kakak dan adik isteri menemaninya... Saya dah minta kakak ipar terus hantar isteri ke hospital setelah siap sedia tanpa menunggu saya...

Setelah bertembung dengan kereta mereka, saya terus mengiringi mereka ke Hospital Putrajaya... Kami tiba lebih kurang jam 10 pagi... Alhamdulillah tak susah untuk meletakkan kereta kerana kebetulan ada 2 petak tempat kereta yang kosong. Selalunya penuh...

Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor mengatakan bukaan baru 2 cm... Disebabkan katil wad penuh di Hospital Putrajaya, isteri dihantarkan ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) di Persint 8 dengan ambulan... Cuma lebih kurang 5 minit dari Hospital Putrjaya... Zu lebih suka di sini kerana di sini lebih selesa... Setiap bahagian seperti sebuah apartment... Ada 3 bilik setiap bahagian... Dan setiap bilik untuk seorang pesakit sahaja... Jururawat yang ditugaskan pun ramai...

Gambar Sumber Encik Google

Setelah menemani Zu sehingga tamat tempoh melawat, saya ke surau Persint 8 sementara menunggu berita selanjutnya dari Zu... Sebaik sahaja selesai solat Isyak, Zu menghubungi saya mengatakan bukaan dah buka dari 3 cm pada petang tadi ke 6 cm... Dari PBBR, dengan ambulan, Zu dihantar semula ke Hospital Putrjaya... Di sana saya hanya menunggu di luar sementara menunggu doktor memeriksa keadaan Zu dan baby... Setelah Zu bersedia, jururawat yang bertugas memanggil saya untuk menemani Zu...

Inilah saat yang kami tunggu-tunggukan selama in... Para doktor dan jururawat sangat memahami dan memberikan semangat dan sokongan kepada Zu untuk melahirkan baby sulong kami.... Syabas dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada perkhidmatan cemerlang kakitangan Hospital Putrajaya dan PBBR Putrajaya... Alhamdulillah, semua doktor dan jururawat yang bertugas adalah muslimah... Ada seorang doktor pelatih lelaki baru yang nak melihat, tetapi Zu meminta doktor tersebut agar tidak melihat... Kita sebagai pesakit dan pelanggan berhak untuk menolak permintaan doktor pelatih lelaki untuk melihat dan mereka akan paham dan keluar...

Dengan kerjasama kakitangan hospital yang sangat cekap, proses kelahiran berjalan lancar dan baik... Tepat jam 9.58 malam lahirlah PERMATA HATI kami yang pertama didunia ini... Rasa nak terkeluar juga air mata melihat keindahan rezeki dari Ilahi... Setelah selesai jururawat membersihkankan dan memakaikan baby dengan baju baru, saya dipanggil untuk bersama baby dan Zu... Saya azankan baby di telinga tangannya... Sempat saya sapukan lelangitnya dengan air zamzam yang sedia dibawa dari rumah.. Cuma nak mentahnikkannya dengan buah kurma tak sempat kerana baby dah merengek minta disusukan...

Zu kemudian dihantar semula ke PBBR untuk berehat bersama baby... Semua proses selesai lebih kurang jam3.30 pagi... Hendak ke rumah takut pula menganggu mentua tengah tidur, jadi saya ambil keputusan untuk ke Masjid Tuanku Mizan Putrajaya untuk tidur sebentar sementara menunggu waktu solat Subuh...

Keesokannya, baby dan Zu dibenarkan pulang ke rumah... Petangnya, mentua bawa mereka ke Tampin, Negeri Sembilan untung berpantang di sana... Saya menyusul pada sebelah malamsetelah selesai mengemas barang yang hendak dibawa...

No comments:

Post a Comment