Sambungan Hari MAHA 2014...
Dari tempat hentian pertama kami tu, kami ke tempat jualan buah-buahan... Tak pasti sama ada harga yang ditawarkan di sini murah atau tidak berbanding dengan jualan biasa di tempat-tempat lain... Tetapi buah-buahan di sini kelihatan cantik dan berkualiti... Di bahagian ini, buah-buahan ini merupakan hasil tanaman dari MARDI sendiri... Semasa kami tiba di sini, ada beberapa jenis buah-buahan yang telah habis dijual... Mungkin kerana hari pun dah malam... Di sini kita akan lihat kain rentang dengan slogan "Jihad Memerangi Orang Tengah" di pelbagai sudut... Ini penting untuk mengelakkan para petani dan peladang mendapat harga yang rendah dari hasil titik peluh mereka sendiri... Apabila dijual oleh mereka sendiri harga hasil tanaman itu sendiri akan lebih murah jika tidak melalui orang tengah...
Dari tempat jualan MARDI tu, kita akan lihat banyak gerai-gerai menjual pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan... Dari pokok bunga, pokok hiasan hinggalah ke pokok buah-buahan dan sayur-sayuran terdapat di sini... Sesiapa yang suka bercucuk tanam tu, masa ni lah mereka boleh dapatkan benih-benih tumbuhan yang bermutu tinggi... Baja, tanah dan peralatan untuk bercucuk tanam juga ada dijual di sini...
Bersebelahan dengan gerai jualan tumbuh-tumbuhan tadi terdapat pula pelbagai gerai jualan buah-buahan... Antara buah yang banyak dijual di sini merupakan buah Pisang Kaki... Tengah musim agaknya... Macam mana ye rasanya... Tak pernah makan... Tapi tak ada pulak rasa nak makan... Hehehe... Jus buah-buahan segar juga ada dijual di kebanyakan gerai buah-buahan di sini...
Dari sini kami naik semula 'shuttle' ke tempat kami mula-mula naik tadi... Tak berhenti di mana-mana perhentian, kerana hari pun dah semakin lewat malam... Sepanjang perjalanan, kita dapat lihat pelbagai aktiviti dan program yang disediakan oleh pihak penganjur...
Dari hentian di Dewan Makan, kami ke tingkat 3 untuk ke laluan menuju ke Gerai Jualan IAT.... Sepanjang perjalanan ada juga terdapat dewan pameran dari agensi kerajaan dan agensi NGO... Kami tak pula singgah di sini...
Di Gerai Jualan IAT ini, terdapat pelbagai jualan produk makanan yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan tempatan yang peratusan besarnya merupakan usahawan bumiputera... Di sini kita dapat mencuba pelbagai sempel produk makanan yang disediakan... Yang mana sedap tu boleh la beli... Jalan-jalan di sini sahaja dah boleh buatkan kaki kita lenguh... Tapi seronok juga kerana kita boleh mencuba pelbagai jenis makanan tanpa membayar... :)
Di luar Gerai Jualan IAT ini terdapat persembahan ular.... Sesiapa yang berani tu boleh la cuba memegang ular tersebut dan bergambar dengannya...
Perut pun dah lapar... Kaki pun dah lenguh... Kami kembali semula ke Dewan Makanan untuk menjamu selera... Terdapat ramai pengunjung di sini... Gerai makan terdiri daripada makanan popular di seluruh Malaysia terdapat di sini... Pening juga nak memilih bila dah banyak sangat... Sambil menjamu selera, kita akan dipersembahkan persembahan 'live' dari kumpulan band tempatan...
Hasil tangkapan dari MAHA 2014... Walaupun tak dirancang tapi beli juga... :)
No comments:
Post a Comment