Ini merupakan projek tanaman terbaru saya... Pokok ini merupakan Pokok Kobis Bunga atau lebih dikenali sebagai 'Cauliflower'... Seperti Pokok Belalai Gajah, saya juga menanam pokok kobis bunga ini dalam bekas air mineral 10 liter yang diubahsuai menjadi seperti pasu...
Baru seminggu saya pindahkan dari polibeg ke bekas berisi tanah ini... Pokok ni jadi layu sedikit selepas dipindahkan... Mungkin cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru... Antara khasiatnya sayur ini mengandungi serat yang tinggi, Vitamin B6, Kalium, Kalsium, Protein dan juga Zat Besi...
Pokok Kobis Bunga ini boleh ditanam daripada biji benih... Setelah pokok ini telah mengeluarkan bunga yang agak besar, maka boleh la ia dituai... Setelah dituai, jangan biarkan pokok ini mati begitu sahaja... Teruskan beri perhatian terhadap pokok ini dan terus menyiramnya... Pokok ini akan mengeluarkan anak pokok pada batangnya... Kemudian anak pokok ini boleh dicantas dan pindahkan ke pasu yang lain... Makan sayuran yang ditanam sendiri ni lebih sedap rasanya... Dan kita tak perlu bimbang mengenai racun serangga, kerana kita tidak menggunakannya... :)
No comments:
Post a Comment