Pada minggu lepas,saya dan isteri telah ke MAHA 2014... Sangat meriah... Terlalu ramai orang... Kami pergi selepas kerja... Jadi tempat letak kereta tak ada la penuh sangat... Jikalau waktu cuti sabtu dan ahad memang ramai... Cuma waktu ni terlalu banyak kawasan tempat letak kereta, tak tahu mana satu yang yang lebih mudah dan lebih dekat... Sangat luas tempat program ini... Dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu mengikut program-program yang disediakan... Kami tak pergi semua pun... Kesian dekat isteri kena berjalan jauh nanti... Pergi mana yang sempat je... Lagipun hari pun dah malam... Tak nak terlalu lama...
MAHA kali ini seperti tahun sebelumnya diadakan di MAEPS, Serdang... Berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia,UPM dan juga Hospital Serdang... Bermula dari 20 November sehingga 30 Novermber... Bemula 10 pagi sehingga 10 malam... Kalau nak ke sini rasanya 1 hari je memang tak cukup...
Jarak antara satu vanue ke satu vanue agak jauh... Dari tempat letak kereta ke vanue-vanue tersebut juga agak jauh... Namun pihak penganjur telah menyediakan 'shuttle'... Agak unik, di mana ianya ditarik oleh traktor... Bukan kat ladang je yang ada tractor... :) Kami meletakkan kereta berdekatan dewan makanan... Dari situ kami menaiki 'shuttle' tersebut... Ada sukarelawan disediakan di setiap tempat perhentian untuk pengunjung bertanyakan soalan... Setiap 'shuttle' menuju ke vanue yang berbeza... Kami memilih perjalanan laluan B kerana tempat pertama yang kami ingin tuju adalah tempat buah-buahan...
Ini merupakan hentian pertama kami.... Di sini terdapat bermacam-macam produk pertanian dijual.... Dari buah-buahan hinggalah kepada tumbuh-tumbuhan...
Dari sini dapat lihat ramai pengunjung... Terang-benderang walaupun waktu ini malam sebenarnya...
Antara pokok yang dipamerkan di sini... Pokok ni dinamakan pokok rock melon... Rock melon ni lebih sedap rasanya berbanding tembikai susu biasa tetapi agak mahal sedikit...
Sampai di sini dahulu coretan kali ini... Akan bersambung di lain hari... Mata pun dah ngantuk... Bateri laptop pun dah nak habis... Hehehe... :)
No comments:
Post a Comment