Jenayah ragut sekarang ni makin menjadi-jadi... Betul tak... Saya bukan nak cerita pengalaman ragut... Cuma nak kongsi cara mengatasinya.... Mencegah lebih baik daripada mengubatinya... Adik ipar saya pernah cerita,dia pernah mengalami situasi begini... Penjenayah tersebut meragut beg kawannya ketika berada di dalam kereta, di mana peragut memecahkan tingkap kereta, lalu mengambil beg di tempat penumpang dan terus melarikan diri... Kejadian berlaku sekelip mata, ketika kereta berhenti di lampu isyarat di Selayang, Kuala Lumpur... Bahaya kan... Jadi kita perlulah sentiasa beringat dan berhati-hati... Selalunya kes ragut ni melibatkan wanita... Mungkin kerana mereka selalu membawa beg tangan dan mudah untuk meragutnya...
Sumber Gambar Encik Google
Cara-cara Mengatasi Jenayah Ragut
- patuhi langkah-langkah keselamatan semasa berada di tempat terbuka atau di tempat awam
- elakkan menunjuk-nunjuk barangan berharga atau wang membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut
Sumber gambar : Encik Google
- elakkan letak beg tangan dalam bakul motosikal yang terdedah
- elakkan menyandang beg tangan di bahu tanpa di pegang, ataupun memakai beg secara silang
Memakai beg secara silang
Sumber gambar : Encik Google
- elakkan berjalan bersendirian di tempat sunyi, biarlah berteman atau cari jalan lain yang lebih selamat
Sumber gambar : Encik Google
- Berjalan kaki secara menyongsang arus trafik, supaya kita dapat melihat apa sahaja kenderaan yang datang ke arah kita... Banyak kes ragut melibatkan motosikal dan pejalan kaki...
Sumber gambar : Encik Google
No comments:
Post a Comment