Thursday 20 November 2014

Paya Indah Wetland.....

Berdekatan dengan rumah saya terdapat sebuah taman yang dinamakan Paya Indah Wetland... Tak sampai 10 minit dari rumah, sangat dekat.. Taman ini dikendalikan oleh Jabatan Perhilitan Malaysia.. Boleh dikatakan seperti zoo kecil... Banyak haiwan yang kita boleh lihat di sini... Masuk adalah percuma, tiada bayaran dikenakan... Cuma perlu daftarkan diri pada pondok keselamatan ataupun  di kaunter yang disediakan didalam... Kalau tak mendaftar pun tak ada siapa yang tau... Hehehe... Ini cuma untuk mereka rekod sahaja...

Saya dan isteri selalu jalan-jalan di sini pada petang sabtu atau ahad.. Banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sini... Antaranya boleh memancing (pancing dan umpan pun boleh disewakan), aktiviti berkhemah, berbasikal (basikal bawa sendiri), kenduri kawin dan pelbagai aktiviti yang bersesuaian...
Tempat ini sangat luas...

Pejabat operasi Jabatan Perhilitan Paya Indah... Boleh daftarkan diri di sini untuk pelbagai aktiviti yang disediakan...

Antara lokasi-lokasi menarik yang boleh dikunjungi di sini dan prasarana yang disediakan untuk pengunjung...


Di Kolam Ekologi ni, kita boleh duduk sambil berehat-rehat... Terdapat banyak ikan di sini... Ini merupakan lokasi wajib untuk saya dan isteri kunjungi... Sebelum ke sini kami akan beli sebuku roti untuk dilemparkan kepada ikan-ikan di sini... Di pejabat tadi juga kita boleh membeli makanan ikan... Untuk menghilangkan 'Stress', tempat ini memang sesuai...

Walk of Green ini disediakan untuk mereka yang sukakan taman-taman hijau...




Kolam yang pertama yang kita akan jumpa, Kolam Hippo... Terdapat 4 ekor badak air yang dipelihara di sini kalau tak  silap... Seekor baru lahir... Tahniah kepada Jabatan Perhilitan di atas usaha yang dijalankan...


Kolam kedua yang kita akan jumpa merupakan Kolam Buaya.... Terdapat lebih 30 ekor buaya tembaga yang ada di sini... Kolam buaya ini sangat luas...


Berhampiran dengan Kolam Buaya terdapat kandang landak... Yang kelakarnya pada kali pertama kami ke sini, kami tak berani nak datang dekat kerana takut landak ni memancutkan durinya.... Hehehe... 
Rupa-rupanya daripada info yang terdapat disini besar-besar tertera landak TIDAK boleh memancutkan durinya... terpengaruh dengan tv la agaknya, tu yang tak berani tu....

Berhampiran dengan pejabat tadi terdapat kandang Burung Merak dan kandang Pelanduk... Kadang-kadang kita dapat lihat Burung Merak ni berkiaran di koridor tak jauh dari kandangnya... Saja je bawa anak saudara bersiar-siar di sini tempoh hari...


Pekhidmatan Chalet juga disedikan.... Cuma RM110 sahaja semalam... Sesiapa yang berminat untuk bermalam disini boleh la bawa keluarga bersama... Tempat yang sangat cantik...

Pada setiap sabtu, ahad dan cuti umum, Jabatan Perhilitan akan mengadakan sesi memberi makan kepada badak air, buaya dan landak... Bermula dengan landak jam 9 pagi, kemudian badak air pada 10 pagi, seterusnya buaya jam 11 pagi... sambil memberi makan kepada haiwan tadi, pihak Jabatan Perhilitan akan memberikan info-info ringkas kepada para pengunjung... 

Tempat ini sangat luas, sesuai untuk dijadikan tempat Hari Keluarga atau pun untuk kunjungan pelajar sekolah mahupun universiti.... Buka setiap hari dari jam 7.30 a.m hingga 7.00 p.m.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi

Paya Indah Wetland,
Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor.
Tel : 03-87687616/8726
Fax : 03-87688424
Email : piw@wildlife.gov.my

No comments:

Post a Comment