Friday 21 November 2014

Tukar Tayar...

Hmmm.... Tayar kereta dah ditukar... Tempoh hari terkena paku... Lubangnya agak besar juga... Jadi saya buat keputusan untuk tampal je terlebih dahulu... Tetapi selepas seminggu angin tayar masih berkurangan... Terpaksalah tukar tayar baru... Tukar pada bahagian belakang sahaja kiri dan kanan... Kami memilih tayar berjenama Michelin... Walaupun agak mahal berbanding tayar jenama lain seperti Good Year dan Continental, daripada survey di blog-blog mekanik mengatakan tayar jenama ini lebih tahan lasak dan sesuai untuk pemanduaan jarak jauh... Setakat ini kami jumpa kedai tayar Michelin yang paling murah di Dengkil adalah kedai tayar berhampiran dengan Bank CIMB Dengkil... Kami ditawarkan harga RM 180 sebuah... Ok la kan... Kedai-kedai lain menjual harga dalam sekitar RM185-RM195...


Saya kongsikan sedikit tips-tips membeli tayar yang perlu kita ambil tahu sebelum membeli tayar...

1. Pilih tayar yang sesuai dengan keupayaan kereta... Sebagai contoh myvi 1.3 sesuai dengan tayar 14 inci... Jika lebih atau berkurangan akan menyebabkan jangka hayat penyerap hentak menjadi lebih pendek dan penggunaan minyak juga akan lebih banyak... Zaman-zaman minyak mahal ni kenalah berjimat.. Betul tak...

2. Selepas tu lihat satu rangkaian nombor di tepi tayar... Rangkaian nombor ni mempunyai info-info tertentu mengenai tayar tersebut...
Sebagai contoh siri nombor pada tayar saya 175/65 R14 85H

175 menunjukkan lebar permukaan bawah tayar (175 mm)
65 menunjukkan lebar permukaan sisi tayar (65 mm)
R14 menunjukkan jejari/diameter (14 inci)
82 menunjukkan muatan kereta yang boleh dibawa (sehingga 475 kg)
H menunujuk had laju maksimum untuk tayar (sehingga (210 km/j)

3. Seterusnya lihat pula pada sisi permukaan tayar tu terdapat satu siri 4 nombor... Nombor tersebut mewakili tarikh pembuatan tayar tersebut
Tayar saya 3314 menunjukkan tayar ni dibuat pada minggu ke-33 2014... Jangan membeli tayar yang sudah melebihi 2 tahun pembuatannya kerana sudah tamat tempoh... Sangat berbahaya kerana terdapat risiko tayar boleh meletop ketika had laju yang tinggi...

4. Apabila menukar tayar, tukar la tayar 4 atau 2 buah sekali... Kalau 2 pastikan depan atau belakang bukan kiri atau kanan... Ini untuk memastikan kereta kita seimbang... Pemanduan akan lebih lancar dan lebih menjimatkan minyak...

Ini sahaja yang saya tahu... Untuk maklumat lanjut boleh bertanyakan kepada mekanik yang berpengalaman... Kalau tanya di kedai tayar, kemungkinan kena tipu tu ada... Hehehe... Lebih senang tanya la Encik Google... Semua dia tahu :)

No comments:

Post a Comment