Monday, 24 November 2014

Jenayah Ragut...

Jenayah ragut sekarang ni makin menjadi-jadi... Betul tak... Saya bukan nak cerita pengalaman ragut... Cuma nak kongsi cara mengatasinya.... Mencegah lebih baik daripada mengubatinya... Adik ipar saya pernah cerita,dia pernah mengalami situasi begini... Penjenayah tersebut meragut beg kawannya ketika berada di dalam kereta, di mana peragut memecahkan tingkap kereta, lalu mengambil beg di tempat penumpang dan terus melarikan diri... Kejadian berlaku sekelip mata, ketika kereta berhenti di lampu isyarat di Selayang, Kuala Lumpur... Bahaya kan... Jadi kita perlulah sentiasa beringat dan berhati-hati... Selalunya kes ragut ni melibatkan wanita... Mungkin kerana mereka selalu membawa beg tangan dan mudah untuk meragutnya...

Sumber Gambar Encik Google

Cara-cara Mengatasi Jenayah Ragut
  • patuhi langkah-langkah keselamatan semasa berada di tempat terbuka atau di tempat awam 
  • elakkan menunjuk-nunjuk barangan berharga atau wang membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut 
Sumber gambar : Encik Google

  • elakkan letak beg tangan dalam bakul motosikal yang terdedah
  • elakkan menyandang beg tangan di bahu tanpa di pegang, ataupun memakai beg secara silang 
Memakai beg secara silang
Sumber gambar : Encik Google

  • elakkan berjalan bersendirian di tempat sunyi, biarlah berteman atau cari jalan lain yang lebih selamat
Sumber gambar : Encik Google
  • Berjalan kaki secara menyongsang arus trafik, supaya kita dapat melihat apa sahaja kenderaan yang datang ke arah kita... Banyak kes ragut melibatkan motosikal dan pejalan kaki...
Sumber gambar : Encik Google



Friday, 21 November 2014

Tukar Tayar...

Hmmm.... Tayar kereta dah ditukar... Tempoh hari terkena paku... Lubangnya agak besar juga... Jadi saya buat keputusan untuk tampal je terlebih dahulu... Tetapi selepas seminggu angin tayar masih berkurangan... Terpaksalah tukar tayar baru... Tukar pada bahagian belakang sahaja kiri dan kanan... Kami memilih tayar berjenama Michelin... Walaupun agak mahal berbanding tayar jenama lain seperti Good Year dan Continental, daripada survey di blog-blog mekanik mengatakan tayar jenama ini lebih tahan lasak dan sesuai untuk pemanduaan jarak jauh... Setakat ini kami jumpa kedai tayar Michelin yang paling murah di Dengkil adalah kedai tayar berhampiran dengan Bank CIMB Dengkil... Kami ditawarkan harga RM 180 sebuah... Ok la kan... Kedai-kedai lain menjual harga dalam sekitar RM185-RM195...


Saya kongsikan sedikit tips-tips membeli tayar yang perlu kita ambil tahu sebelum membeli tayar...

1. Pilih tayar yang sesuai dengan keupayaan kereta... Sebagai contoh myvi 1.3 sesuai dengan tayar 14 inci... Jika lebih atau berkurangan akan menyebabkan jangka hayat penyerap hentak menjadi lebih pendek dan penggunaan minyak juga akan lebih banyak... Zaman-zaman minyak mahal ni kenalah berjimat.. Betul tak...

2. Selepas tu lihat satu rangkaian nombor di tepi tayar... Rangkaian nombor ni mempunyai info-info tertentu mengenai tayar tersebut...
Sebagai contoh siri nombor pada tayar saya 175/65 R14 85H

175 menunjukkan lebar permukaan bawah tayar (175 mm)
65 menunjukkan lebar permukaan sisi tayar (65 mm)
R14 menunjukkan jejari/diameter (14 inci)
82 menunjukkan muatan kereta yang boleh dibawa (sehingga 475 kg)
H menunujuk had laju maksimum untuk tayar (sehingga (210 km/j)

3. Seterusnya lihat pula pada sisi permukaan tayar tu terdapat satu siri 4 nombor... Nombor tersebut mewakili tarikh pembuatan tayar tersebut
Tayar saya 3314 menunjukkan tayar ni dibuat pada minggu ke-33 2014... Jangan membeli tayar yang sudah melebihi 2 tahun pembuatannya kerana sudah tamat tempoh... Sangat berbahaya kerana terdapat risiko tayar boleh meletop ketika had laju yang tinggi...

4. Apabila menukar tayar, tukar la tayar 4 atau 2 buah sekali... Kalau 2 pastikan depan atau belakang bukan kiri atau kanan... Ini untuk memastikan kereta kita seimbang... Pemanduan akan lebih lancar dan lebih menjimatkan minyak...

Ini sahaja yang saya tahu... Untuk maklumat lanjut boleh bertanyakan kepada mekanik yang berpengalaman... Kalau tanya di kedai tayar, kemungkinan kena tipu tu ada... Hehehe... Lebih senang tanya la Encik Google... Semua dia tahu :)

Thursday, 20 November 2014

Paya Indah Wetland.....

Berdekatan dengan rumah saya terdapat sebuah taman yang dinamakan Paya Indah Wetland... Tak sampai 10 minit dari rumah, sangat dekat.. Taman ini dikendalikan oleh Jabatan Perhilitan Malaysia.. Boleh dikatakan seperti zoo kecil... Banyak haiwan yang kita boleh lihat di sini... Masuk adalah percuma, tiada bayaran dikenakan... Cuma perlu daftarkan diri pada pondok keselamatan ataupun  di kaunter yang disediakan didalam... Kalau tak mendaftar pun tak ada siapa yang tau... Hehehe... Ini cuma untuk mereka rekod sahaja...

Saya dan isteri selalu jalan-jalan di sini pada petang sabtu atau ahad.. Banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sini... Antaranya boleh memancing (pancing dan umpan pun boleh disewakan), aktiviti berkhemah, berbasikal (basikal bawa sendiri), kenduri kawin dan pelbagai aktiviti yang bersesuaian...
Tempat ini sangat luas...

Pejabat operasi Jabatan Perhilitan Paya Indah... Boleh daftarkan diri di sini untuk pelbagai aktiviti yang disediakan...

Antara lokasi-lokasi menarik yang boleh dikunjungi di sini dan prasarana yang disediakan untuk pengunjung...


Di Kolam Ekologi ni, kita boleh duduk sambil berehat-rehat... Terdapat banyak ikan di sini... Ini merupakan lokasi wajib untuk saya dan isteri kunjungi... Sebelum ke sini kami akan beli sebuku roti untuk dilemparkan kepada ikan-ikan di sini... Di pejabat tadi juga kita boleh membeli makanan ikan... Untuk menghilangkan 'Stress', tempat ini memang sesuai...

Walk of Green ini disediakan untuk mereka yang sukakan taman-taman hijau...




Kolam yang pertama yang kita akan jumpa, Kolam Hippo... Terdapat 4 ekor badak air yang dipelihara di sini kalau tak  silap... Seekor baru lahir... Tahniah kepada Jabatan Perhilitan di atas usaha yang dijalankan...


Kolam kedua yang kita akan jumpa merupakan Kolam Buaya.... Terdapat lebih 30 ekor buaya tembaga yang ada di sini... Kolam buaya ini sangat luas...


Berhampiran dengan Kolam Buaya terdapat kandang landak... Yang kelakarnya pada kali pertama kami ke sini, kami tak berani nak datang dekat kerana takut landak ni memancutkan durinya.... Hehehe... 
Rupa-rupanya daripada info yang terdapat disini besar-besar tertera landak TIDAK boleh memancutkan durinya... terpengaruh dengan tv la agaknya, tu yang tak berani tu....

Berhampiran dengan pejabat tadi terdapat kandang Burung Merak dan kandang Pelanduk... Kadang-kadang kita dapat lihat Burung Merak ni berkiaran di koridor tak jauh dari kandangnya... Saja je bawa anak saudara bersiar-siar di sini tempoh hari...


Pekhidmatan Chalet juga disedikan.... Cuma RM110 sahaja semalam... Sesiapa yang berminat untuk bermalam disini boleh la bawa keluarga bersama... Tempat yang sangat cantik...

Pada setiap sabtu, ahad dan cuti umum, Jabatan Perhilitan akan mengadakan sesi memberi makan kepada badak air, buaya dan landak... Bermula dengan landak jam 9 pagi, kemudian badak air pada 10 pagi, seterusnya buaya jam 11 pagi... sambil memberi makan kepada haiwan tadi, pihak Jabatan Perhilitan akan memberikan info-info ringkas kepada para pengunjung... 

Tempat ini sangat luas, sesuai untuk dijadikan tempat Hari Keluarga atau pun untuk kunjungan pelajar sekolah mahupun universiti.... Buka setiap hari dari jam 7.30 a.m hingga 7.00 p.m.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi

Paya Indah Wetland,
Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor.
Tel : 03-87687616/8726
Fax : 03-87688424
Email : piw@wildlife.gov.my

Friday, 14 November 2014

Expo Buku Islam Antarabangsa Malaysia

Pada minggu lepas berlangsungnya Expo Buku Islam Antarabangsa Malaysia yang diadakan di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persint 3, Putrajaya. Expo ni berlangsung seiring dan bersempena Festival Kesenian Dan Kebudayaan Islam... Tapi Festival ni bermula dari 30 Oktober sehingga 2 November 2014, manakala Expo Buku berlanjutan lagi sehingga 9 November... Banyak diskaun-diskaun menarik yang ditawarkan di sini.... Sesiapa yang minat membaca tu, masa ni la mereka 'memborong' buku-buku ni... Antara gerai buku yang sering dikunjungi, POPULAR dan PTS...


Festival Kesenian Dan Kebudayaan Islam... Banyak aktiviti yang dijalankan... Tak sempat nak datang mana-mana aktiviti pun kecuali Expo Buku ni je...


Expo Buku Islam Antarabangsa Malaysia...




Tak ramai sangat pengunjung masa saya datang ni... Mungkin kerana masih dalam waktu bekerja... Ada yang mengatakan pada waktu lepas bekerja, hari sabtu dan ahad ramai orang datang... Meriah la kot... Ada juga aktiviti sampingan seperti ceramah agama daripada Ustaz Don... Menarik tu tapi tak sempat nak pergi... Expo ni bermula seawal 9 pagi sehingga 9 malam.... Jadi pengunjung boleh ambil mana-mana yang sesuai untuk datang bersama seisi keluarga...

Di luar pada masa tu terdapat perhimpunan kerana ada perbicaraan Anwar oleh pengikut-pengikutnya... Tak perlu risau kerana ramai anggota keselematan yang bertugas mengawal keadaan... Cuma perlu berhati-hati kerana malang tidak berbau... Semoga apa jua fahaman politik dan ideologi kita, Malaysia berada dalam keadaan aman dan sentosa... :)






Tuesday, 11 November 2014

Limau Bali Hmmmmm

Limau Bali atau nama saintifiknya Sitrus grandis memang sedap... Setiap kali balik ke kampung isteri di Negeri Sembilan, pokok Limau Bali ni la yang kami jengok dulu, kot-kot ada yang dah masak... Alhamdulillah, rezeki kali ni kebanyakkannya dah masak... Tapi kami cuma bawa balik 4 biji je.. Cukup la rasanya untuk kami berdua je dengan isteri... Rasanya masam-masam manis... Isteri suka makan sambil cicah kicap manis, tapi saya suka makan macam tu je... Memang tak minat makan apa-apa jenis buah campur benda-benda lain seperti serbuk asam ataupun kuah rojak... Buah Limau Bali ni kalau beli ada yang menjual sehingga RM15 sebiji... Mahal juga la kan.. Jadi sesiapa yang ada tanah terluang tu boleh la tanam buah ni... Bila dah masak jangan lupa panggil kami datang makan sekali la ye... Hehehe...


Limau Bali ni selalunya ada 2 jenis, satu yang isinya merah dan satu lagi isinya putih... Yang kami ambil ni isinya putih... Limau Bali ni banyak khasiatnya... Antaranya mengandungi jumlah vitamin C yang banyak dan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Di kampung isteri, mereka memanggil buah ni sebagai Limau Abung(kalau tak salah eja), di tempat lain ada yang panggil sebagai Limau Tambun... Mungkin di Malaysia, Limau Bali ni banyak di tanam di sana... Ada Hentian Limau Bali juga rasanya di Ipoh, Perak.. 

Tak susah nak kupas kulit buah Limau Bali ni...Walaupun kulitnya tebal tetapi lembut.. Isinya putih... Rasanya masam-masam manis... Jangan terliur... :)

Kenduri Kesyukuran, Doa Selamat Dan Tahlil

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang memberi rezeki dan nikmat melalui rahmat-Nya... Pada minggu lepas kami sekeluarga mengadakan kenduri kesyukuran, doa selamat beserta tahlil di kampung isteri Tampin, Negeri Sembilan. Sempena kandungan isteri dah masuk 8 bulan lebih. Semoga segalanya berjalan lancar,selamat dan dipermudahkan kelahiran baby... Aamiiiiiin... Jemputan hanya saudara mara sebelah isteri dan jiran-jiran terdekat... Menu semua masak sendiri secara gotong royong kecuali ayam percik tempah pada kenalan mentua...

Saya tak dapat bersama-sama dalam majlis tersebut kerana kena menghadiri kelas di Bangi... Cuma hari sebelum majlis sempat la tolong sikit-sikit mana yang boleh...

Gotong-royong memasak di lorong belakang rumah.agak meriah juga... Kaum lelaki sedang menyalai daging untuk dibuat daging salai masak lemak... Ada lebih 30 kg daging lembu. Gilir-gilir masak sampai selepas maghrib baru selesai menyalai... Sedap tu... Tapi sayang tak sempat merasa... Kaum perempuan sedang memasak wajik dan sambal daun... Sambal daun tu menu istimewa orang Negeri Sembilan ni..

Ni je gambar-gambar yang sempat diambil...


Monday, 3 November 2014

Servis Kereta

Kereta Pun Dah Mencecah 10 000 km Daripada Sebelumnya... Tiba Masa Untuk 'Servis' Kereta... Saya Sentiasa Memilih Pusat Servis Perodua... Selain Lebih Meyakinkan, Pekerjanya Juga Peramah... Memang Benar, Ramai Yang Mengatakan 'Servis' Di Kedai 'Servis' Kereta Di Luar Lebih Murah... Tetapi Tiada Jaminan Barangan Yang Digunakan Adalah Tulen.. Di Sini Mereka Kendalikan Perkhidmatan Secara Profesional..
Pusat Servis Perodua Balakong.. Perkhidmatan Di sini Sangat Baik.. Sebelum Ke Sini Perlulah Membuat Tarikh Dan Masa Temujanji Terlebih Dahulu Supaya Tidak Lama Menunggu Kerana Mereka Akan Melayan Pelanggan Yang Membuat Temujanji Terlebih Dahulu Berbanding "Walk In"... Kekurangan Di Sini Cuma Kurangnya Tempat Untuk Meletakkan Kereta...

Di Sini Juga Ada Menyediakan Snek Untuk Santapan Pelanggan... Setiap Hari Menunya Adalah Berbeza... Alhamdulillah, Rezeki Hari Ni Air Nescafe Panas Bersama 'Sandwich' Telur... Yang Lebih Penting Ianya Percuma... Berkeping-keping Juga La Saya Ambil... Hehehe...

Ruang Menunggu Juga Disediakan, Ada Juga Disediakan TV Bersiaran Astro, Internet, Dan Juga Majalah... Tak Ada La Bosan Menunngu...

Di Tingkat Atas Ada Juga Ruang Menunggu Disediakan Bersama Tempat Untuk Kanak-kanak Bermain... Tak Tahu Mengapa, Di Sini Orang Jarang-jarang Datang... Mungkin Di Bawah Ada Kudapan, Senang Nak Ambil :) ...

Dari Ruang Menunggu, Kita Dapat Lihat Kereta Kita Diservis... Jika Ada Yang Kita Rasakan Tidak Betul, Boleh Terus Berjumpa Dengan Pegawai Perunding Mereka Untuk Diperbetulkan...

Tempat Pameran Jualan Kereta Perodua Juga Disediakan.. Sesiapa Yang Nak Tambah-tambah Kereta Tu Boleh La Ke Sini..