Wednesday 7 January 2015

Jaundis....

Apa la pulak Jaundis ni kan... Sejunis kuih ke... Hehehe... Jaundis ni selalunya orang kata penyakit kuning... Meh saya cerita skit macam mana terjadinya penyakit kuning ni...

 Gambar sumber Encik Google

Semasa berada di dalam kandungan, bayi memerlukan sel darah merah yang banyak untuk membawa gas oksigen bagi tumbesaran dan perkembangan bayi kerana pada masa ini paru-paru janin masih belum berfungsi...

Sebaik sahaja dilahirkan, paru-paru bayi mula berfungsi dan kandungan oksigen di dalam darah bayi bertambah... Sel darah merah yang berlebihan dalam badan bayi tidak diperlukan lagi dan akan dimusnahkan secara semula jadi dalam badan bayi kita...

Sel darah merah yang musnah tadi akan menjadi zat besi dan bilirubin... Bilirubin yang diproses dalam hati seterusnya akan dikeluarkan dari badan dia melalui najis... Zat besi tu pula akan disimpan di dalam badan untuk pembentukan sel darah merah yang baru...

Hati bayi ni tak sematang orang dewasa... Maka tak begitu efisien... Jumlah bilirubin ni la yang menyebabkan bayi kita mendapat penyakit kuning...Byi akan kelihatan seolah-olah bewarna kuning... Kalau jumlah bilirubin sangat tinggi boleh menyebabkan perkembangan otak terganggu... Kalau terlalu tinggi selalunya bayi akan diletakkan di bawah sinaran fototerapi....

Gambar sumber Encik Google

Irfan pun ada kena kuning ni... Setiap hari akan ada jururawat datang ke rumah untuk memantau sejauh mana kuningnya... Alhamdulillah Irfan hanya sampai muka sahaja... Tapi mata Irfan memang nampak kuninnya... Setiap hari kena bawa dia untuk analisis darah untuk memastikan kandungan bilirubin dalam darah...

Oleh kerana tak berapa puas hati dengan perkhidmatan dan layanan dari Klinik Kesihatan Tampin, kami buat keputusan untuk membawa Irfan diperiksa oleh pakar swasta... Kami ke Klinik Pakar Kanak-kanak Dillon di Seremban... Baik doktornya dan perjelasan doktor tersebut sangat baik dan menyenangkan hati...
Setelah diperiksa, tahap bilirubin dalam badan Irfan dah mula menurun, jadi tak perlu risau kerana bila dah mula menurun, dia akan terus menurun...

Menurut doktor, normal untuk bayi mendapat kuning dalam seminggu kelahiran dan secara normal akan berkurangan selepas itu... Bukan hendak perkecilkan kakitangan di Klinik Kesihatan Tampin tetapi layanannya sangat berbeza... Ini semua bergantung kepada sikap, sedangkan sebelum ini Zu buat pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan juga tetapi di Putrajaya la... Sangat berbeza, servis yang sama cuma tempat yang berlainan... Hmmm, agaknya sebab ni la ramai yang lebih suka ke swasta... Tetapi kalau di Klinik Kesihatan mahupun Hospital Putrajaya, layan dan perkhidmatan yang diberikan sangat baik sekali...

No comments:

Post a Comment