Thursday 30 October 2014

Bengkel Kemahiran Keibubapaan

Siapa Pernah Pergi Bengkel Kemahiran Keibubapaan ni?.. Bengkel Ni Dianjurkan Oleh Klinik Kesihatan Persint 9 Putrajaya... Saya Dan Isteri Sudah Mendaftar Dari Bulan Ogos Lagi... Tetapi Kami Pilih Bengkel Pada Hujung Bulan Oktober (27 Oktober 2014)... Supaya Tak Terlalu Awal Dan Tak Terlalu Lambat Sangat... Masa Ni Kandungan Isteri Pun Dah Masuk 8 Bulan... Bengkel Ni Diadakan Hanya Sebulan Sekali Sahaja... Tak Mahal, Yuran Cuma RM20 Sahaja... Terhad Untuk 8 Pasangan Sahaja... Sesiapa Yang Nak Pergi tu, Daftar La Awal... Makanan Disediakan, Minum Pagi, Sarapan, Makan Tengah Hari Dan Minum Petang... Cendemata, Bahan Pembelajaran Dan Sijil Juga Disediakan... BeRmula 8 Pagi Sehingga 5 Petang...

Bengkel Ni Disampaikan Oleh Doktor Perubatan, Pegawai Sains Pemakanan, Pegawai Fisioterapi Dan Jururawat Yang Berpengalaman... Apa Yang Disampaikan Sangat-sangat Berguna... Lebih-lebih Lagi Untuk Pasangan Yang Baru Pertama Kali Untuk Menerima Anak Seperti Kami... Antara Yang Diajarkan Adalah Persediaan Untuk Bersalin, Sebelum, Semasa Dan Selepas... Senaman Dan Praktikal Untuk Ibu Mengandung Juga Ada Diajar Dan Dilakukan Bersama-sama...


Cara Mandian Dan Penjagaan Kebersihan Yang Betul Ditunjukkan Oleh Jururawat... Nampak Macam Mudah Tapi Tu Pada Patung La Kan... :)

Pegawai Sains Pemakanan Menunjukkan Cara Memegang Bayi Dengan Betul Semasa Penyusuan Bayi Dan Cara Mensendawakan Bayi Selepas Penyusuan...

Bahan Pembelajaran Yang Disediakan... Tak Rugi Menghadirkan Diri Ke Bengkel Ni... Terlalu Banyak Info-info Berguna...

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi : 03-88883057 (Kaunter Informasi Klinik Kesihatan Persint 9 Putrajaya)

Wednesday 29 October 2014

Jualan Murah

Selalunya Saya Bagi Info Mengenai Barang Keperluan "Baby", Tetapi Kali Ini Lain Pulak... Kebetulan Semasa Isteri Hantar Kain Ke Kedai Jahit Tempoh Hari, Tukang Jahit Tu Ada Beritahu Mengenai Jualan Murah "Jakel" Kuala Lumpur... Selalu Juga Kami Ke "Jakel" Ni. Tetapi "Jakel" Shah Alam La... Selalu Jugak Mereka Mengadakan Jualan Murah Terutama Ketika Perayaan... Tetapi Kali Ni "Jakel" Kuala Lumpur Mengadakan Jualan Murah Kerana Mereka Akan Berpindah Ke Bangunan Baru... Tak Jauh Dari Bangunan Sekarang... Mereka Akan Himpunkan Jualan Kain, Karpet Dan Tudung Dalam Satu Bangunan... Sebelum Ni Dalam Kedai Berasingan Tetapi Dalam Satu Jalan... Lagi Mudah La Untuk Orang Membeli Belah Jika Dalam Satu Bangunan Ni... Duit Pun Lagi Cepat La Habis... Hehehe...

Bangunan "Jakel" Kuala Lumpur Yang Baru, Berdekatan Dengan Bangunan Lama. Tetapi Masih Dalam Pembinaan...

Jualan Murah Potongan Harga Dari 60% - 85%... Memang Murah Dari Harga Biasa... Boleh Buat Perbandingan Sendiri Nanti... Bermula Dari 24 September Hingga 31 Oktober 2014... Tak Lama Lagi Masa Yang Tinggal... :)


Keadaan Memang Sesak Dalam Bangunan Ni... Setiap Tingkat Penuh Dengan Orang Ramai... Yang Ibu-ibu Yang Rambang Mata Tu... Tak Tahu Kain Mana Yang Nak Pilih... Ayah-ayah Duduk Tepi, Tengok Je... Kira-kira Duit Dalam Poket Kot... Hehehe...


Antara Jualan Murah Yang Ada, Kain "Italian Valentro" Selalunya Berharga RM48 Semeter Dijual Dengan Hanya RM15 Semeter... Antara Lain, 3 Pasang Kain Dijual Dengan Harga RM100, Pada Waktu Biasa Sepasang Je Sudah Berharga RM98... Sepasang Kain Bersamaan 4 Meter...

Hasil 'Tangkapan' Tempoh Hari... Ni Sudah Siap Beli Kain Untuk Raya Tahun Depan Ni... Hehehe... 

Sunday 26 October 2014

Jualan Gudang :)

Kali Ini Saya Nak Kongsikan Info Mengenai Jualan Gudang Barangan "Baby"... Sekarang Sedang Berlangsungnya Jualan Gudang Jenama "MyDear"... Gudang Mereka Ni Terletak Di Puchong... Tak Susah Nak Mencari... Tetapi Agak Tersorok Sedikit... Mereka Ada Menjual Secara Runcit Dan Borong Pada Hari-hari Biasa... Jika Pada Hari-hari Biasa Harga Yang Mereka Tawarkan Jauh Lebih Murah Berbanding Yang Dijual Di Kedai Mahupun "Online"... Tetapi Di Jualan Gudang Ini, Harga Yang Ditawarkan Lebih Murah Lagi...


Saya Dan Isteri Pergi Pada Hari Khamis Tempoh Hari 23 Oktober 2014... Tetapi Sebenarnya, Mereka Sudah Bermula Pada 22 Oktober 2014... Masih Berlangsung Sehingga 2 November 2014... Sesiapa Yang Belum Pergi Lagi Boleh La Membeli Belah Di Sana... Buka Seawal 9.00 Pagi Sehingga 7.00 Petang... Jika Pada Waktu Biasa Jam 5.00 Petang Dah Tutup... Nak Pergi Selepas Kerja Memang Tak Sempat...



Orang Memang Ramai... Dinasihatkan Sesiapa Yang Nak Pergi Tu, Pergi La Waktu Pagi, Kurang Sedikit Orang... Waktu Petang Sangat Ramai, Lebih-lebih Lagi Selepas Waktu Bekerja... Antara Aktiviti Menarik, Terdapat Juga Jualan Lelong... Orang Ramai Boleh Menawarkan Harga Mereka Mahukan... Ada Yang Berjaya Mendapatkan "Stroller" Yang Berharga RM299 Dengan Hanya RM90 Sahaja...


 Antara Barangan "Baby" Yang Ditawarkan Di Sana...

Perbezaan Harga Yang Ditawarkan Pada Hari-hari Biasa Dan Pada Masa Jualan Gudang...

Untuk Info Lanjut Boleh Ke https://www.facebook.com/pages/MY-DEAR/125776910767167?ref=br_rs atau  http://www.mydear.com.my/... Mereka Juga Ada Menawarkan Jualan Secara "Online"... Mahal Sedikit Berbanding Ke Gudang Mereka Sendiri... Gudang "MyDear" Buka Sepanjang Tahun..

alamat : 




Wednesday 22 October 2014

Baby Expo 2 :)

Lepas Je Kelas Aplikasi Komputer Hari Ahad Tempoh Hari...
Terus Je Ke 'Mid Valley' Dengan Harapan Menggunung... Hehehe... Kononnya Nak Beli Barang-barang Baby Banyak La... Sampai-sampai Je Jalan Tersangat La Sesak Nak Masuk Dalam 'Mid Valley'... Diaorang Ni Tak Nak Duduk Rumah Ke Cuti-cuti Ni Isteri Saya Cakap... Hehehe... Habis Tu Kita Ni Pun Bukannya Duduk Rumah Hari Ni... "Parking" Mesti Susah Nak Dapat... Tengok Semua Tulis "Full" Je... Saya Ambil Keputusan "Park" Kereta Di 'The Garden' Je... Jauh Sikit La Nak Berjalan, Tapi Tak Ada La Jauh Sangat... Sebelah Bangunan Je...

Dalam Perjalanan Nak Ke Mid Valley Nampak Banyak Orang Bawa "Goodies Bag" Expo Baby... Barang "Free" Siapa La Yang Tak Nak... Betal Tak... Sampai Je Pintu Masuk Expo Tu, Orang Punya La Ramai, 
Nak Bergerak Pun Susah... Sampai Je Kaunter Pendaftaran, Dah Siap Tampal "Goodies Bag" Habis... 
Alahai, Baru Semangat Je Nak Pegi Ambil... Hehehe...


Barang-barang Baby Memang Banyak... Nak Kata Murah Tak Tahu La... Sebab Tak Tahu Harga Pasaran Macam Mana... Kami Beli Apa Yang Penting Je La Seperti Lampin Pakai Buang, Botol Susu, Kotak Baju, Baju Sepasang Dua, Dan Macam-macam Lagi...


Tapi Bila Pergi Ke Kedai Baby Tempoh Hari Rupa-rupanya Tak Murah Sangat Pun Barang-barang Di Expo Tu... Lampin Pakai Buang Yang Kami Beli Tu, Di Kedai 'Manjaku' Di Bandar Baru Bangi Lebih Murah... Alahai, Rasa Macam Kena Tipu Pulak.. Jadi, Pengajaranya Sebelum Ke Mana-mana Expo Bandingkan Dulu Harga Di Kedai Atau Di Tempat Lain... 
Jika Tidak, Bukannya Untung... Rugi Ada La...




Hasil Tempoh Hari. :)

Friday 17 October 2014

Baby Expo :)

Siapa Pernah Pergi Ke "Baby Expo"... Dulu Pernah Pergi Sekali Rasanya... Tapi Tak Beli Apa-Apa Pun... Masa Tu Baby Pun Tak Ada Lagi... Hehehe..

Jadi, Nak Kongsi Info Ada "Baby Expo" Akan Diadakan Di Mid Valley Kuala Lumpur Pada 17-19 Oktober 2014... Pada Sesiapa Yang Berkesempatan Tu Boleh La Bersiar-Siar Sambil "Shoping" Barang Baby... Lebih-Lebih Lagi Macam Saya Dan Isteri Yang Tengah Tunggu Kelahiran Anak Pertama Kami... Boleh La Beli Untuk Persiapan Sikit-Sikit... Sikit Ke... Hehehe... Kena Tunggu Dan Lihat La... 
Dalam Perancangan Akan Pergi Ke Sana Selepas Kelas Aplikasi Komputer Ahad Ni... 
Sempat Rasanya Nak Pergi... Sesiapa Yang Nak "Join" Boleh La Jumpa Kat Sana... 
Memeriahkan Lagi Suasana...

Apa Yang Menarik Di Situ... Berdasarkan Info Dari Penganjur Dikatakan Ada Lebih 300 "Booth", Ada Lebih 600 Jenama Barang Yang Dijual, Ada 12000 "Mug" Percuma, 
Dan Ada 12000 Cenderamata Percuma... Ada Yang Kata Banyak Barang-Barang Yang Dijual Dengan Harga Jauh Lebih Murah Berbanding Yang Dijual Di Kedai-Kedai Biasa.

Cabutan Bertuah Pun Ada... Hadiahnya Stroller Quinny Zapp... Bertuah La Siapa Yang Dapat Ye Tak... 
Tak Perlu La Nak Beli... Jimat Tu.


Sesiapa Yang Berminat Boleh La Lihat Info-Info Lebih Lanjut Di https://www.facebook.com/pages/MOM-BABY-EXPO/345451608270

Antara Barang-Barang Yang Ada Di Sana Nanti..

Monday 13 October 2014

PENGENALAN LA KOT......hehe :)


Selalu Baca Je Blog Orang... Tak Pandai Mengarang Tapi Boleh Cuba...
Bolg Ni Mungkin Akan Berkisar Tentang Kehidupan Sehari-Hari, Makan-Makan, Cuti-Cuti ke..
Itu Pun Kalau Sempat La Nak Bercuti..hehe..

Kepada Yang Anak-Anak Tengah Exam Tu...Selamat Maju Jaya..
Kadang-Kadang Tu Mak Ayah Yang Terlebih "Nervous" Daripada Anak Ye Tak...
Kalau Tak Silap Tengah Exam PT3 Kot Untuk Pelajar Tingkatan 3...

Zaman Sekarang Ni Semuanya Tengok Kelulusan...Tapi Jangan Lupa Kekuatan Sahsiah Dan Rohani Diri Lebih Utama... InsyaAllah Kejayaan Lain Akan Menyusul...