Thursday 30 October 2014

Bengkel Kemahiran Keibubapaan

Siapa Pernah Pergi Bengkel Kemahiran Keibubapaan ni?.. Bengkel Ni Dianjurkan Oleh Klinik Kesihatan Persint 9 Putrajaya... Saya Dan Isteri Sudah Mendaftar Dari Bulan Ogos Lagi... Tetapi Kami Pilih Bengkel Pada Hujung Bulan Oktober (27 Oktober 2014)... Supaya Tak Terlalu Awal Dan Tak Terlalu Lambat Sangat... Masa Ni Kandungan Isteri Pun Dah Masuk 8 Bulan... Bengkel Ni Diadakan Hanya Sebulan Sekali Sahaja... Tak Mahal, Yuran Cuma RM20 Sahaja... Terhad Untuk 8 Pasangan Sahaja... Sesiapa Yang Nak Pergi tu, Daftar La Awal... Makanan Disediakan, Minum Pagi, Sarapan, Makan Tengah Hari Dan Minum Petang... Cendemata, Bahan Pembelajaran Dan Sijil Juga Disediakan... BeRmula 8 Pagi Sehingga 5 Petang...

Bengkel Ni Disampaikan Oleh Doktor Perubatan, Pegawai Sains Pemakanan, Pegawai Fisioterapi Dan Jururawat Yang Berpengalaman... Apa Yang Disampaikan Sangat-sangat Berguna... Lebih-lebih Lagi Untuk Pasangan Yang Baru Pertama Kali Untuk Menerima Anak Seperti Kami... Antara Yang Diajarkan Adalah Persediaan Untuk Bersalin, Sebelum, Semasa Dan Selepas... Senaman Dan Praktikal Untuk Ibu Mengandung Juga Ada Diajar Dan Dilakukan Bersama-sama...


Cara Mandian Dan Penjagaan Kebersihan Yang Betul Ditunjukkan Oleh Jururawat... Nampak Macam Mudah Tapi Tu Pada Patung La Kan... :)

Pegawai Sains Pemakanan Menunjukkan Cara Memegang Bayi Dengan Betul Semasa Penyusuan Bayi Dan Cara Mensendawakan Bayi Selepas Penyusuan...

Bahan Pembelajaran Yang Disediakan... Tak Rugi Menghadirkan Diri Ke Bengkel Ni... Terlalu Banyak Info-info Berguna...

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi : 03-88883057 (Kaunter Informasi Klinik Kesihatan Persint 9 Putrajaya)

No comments:

Post a Comment