Wednesday, 29 October 2014

Jualan Murah

Selalunya Saya Bagi Info Mengenai Barang Keperluan "Baby", Tetapi Kali Ini Lain Pulak... Kebetulan Semasa Isteri Hantar Kain Ke Kedai Jahit Tempoh Hari, Tukang Jahit Tu Ada Beritahu Mengenai Jualan Murah "Jakel" Kuala Lumpur... Selalu Juga Kami Ke "Jakel" Ni. Tetapi "Jakel" Shah Alam La... Selalu Jugak Mereka Mengadakan Jualan Murah Terutama Ketika Perayaan... Tetapi Kali Ni "Jakel" Kuala Lumpur Mengadakan Jualan Murah Kerana Mereka Akan Berpindah Ke Bangunan Baru... Tak Jauh Dari Bangunan Sekarang... Mereka Akan Himpunkan Jualan Kain, Karpet Dan Tudung Dalam Satu Bangunan... Sebelum Ni Dalam Kedai Berasingan Tetapi Dalam Satu Jalan... Lagi Mudah La Untuk Orang Membeli Belah Jika Dalam Satu Bangunan Ni... Duit Pun Lagi Cepat La Habis... Hehehe...

Bangunan "Jakel" Kuala Lumpur Yang Baru, Berdekatan Dengan Bangunan Lama. Tetapi Masih Dalam Pembinaan...

Jualan Murah Potongan Harga Dari 60% - 85%... Memang Murah Dari Harga Biasa... Boleh Buat Perbandingan Sendiri Nanti... Bermula Dari 24 September Hingga 31 Oktober 2014... Tak Lama Lagi Masa Yang Tinggal... :)


Keadaan Memang Sesak Dalam Bangunan Ni... Setiap Tingkat Penuh Dengan Orang Ramai... Yang Ibu-ibu Yang Rambang Mata Tu... Tak Tahu Kain Mana Yang Nak Pilih... Ayah-ayah Duduk Tepi, Tengok Je... Kira-kira Duit Dalam Poket Kot... Hehehe...


Antara Jualan Murah Yang Ada, Kain "Italian Valentro" Selalunya Berharga RM48 Semeter Dijual Dengan Hanya RM15 Semeter... Antara Lain, 3 Pasang Kain Dijual Dengan Harga RM100, Pada Waktu Biasa Sepasang Je Sudah Berharga RM98... Sepasang Kain Bersamaan 4 Meter...

Hasil 'Tangkapan' Tempoh Hari... Ni Sudah Siap Beli Kain Untuk Raya Tahun Depan Ni... Hehehe... 

No comments:

Post a Comment