Wednesday, 14 January 2015

Muhammad Irfan Bin Zul Helmi

Untuk entri kali ni tak ada apa yang saya ingin ceritakan cuma mahu berkongsi gambar-gambar Irfan yang ada dalam koleksi...

Gambar ni diambil masa Irfan baru berumur 3 jam... Curi-curi tangkap gambar dia... Ni kalau jururawat nampak memang diaorang tak bagi kita tangkap gambar...

Ni Irfan pada hari ke-2, pertama kali bawa ke rumah di Dengkil...

Irfan hari-3 semasa berada di Tampin

Irfan bersama Uminya ketika berada di Hospital Tampin untuk analisis darah kerana penyakit kuning...


Irfan hari ke-5 bersama baju barunya... Baru perasan tak banyak baju dia berlengan panjang... Masa beli dulu cuaca panas, jadi banyak baju lengan pendek... Tak sangka pula, cuaca sekarang sejuk pula...


Irfan hari ke-6, masa ni dia dah pandai buat pelbagai mimik muka...

Irfan hari ke-7, tengah sedu... Tu yang tampal kertas basah di dahinya... Tak tahu apa fungsinya, tapi kita ikutkan sahaja nasihat dari mak ayah...

Irfan hari ke-8 setelah dicukurkan rambut-rambutnya...


Irfan hari ke-9, dah semakin hensem macam papa dia... Hehehe...

Ok la,sampai di sini dahulu.. Akan berjumpa lagi lain masa InsyaAllah...

Tuesday, 13 January 2015

Bercukur...

Bercukur? Hehehe... Bukan saya ye... Tapi bercukur kepala bayi yang baru lahir apabila cukup umurnya 7 hari... Dalam masyarakat melayu kita banyak adat majlis yang dijalankan... Seperti majlis berendoi dan majlis bercukur jambul... Tetapi saya dan isteri mengambil keputusan tak mahu buat majlis-majlis tu... Cuma apabila Irfan berumur 7 hari, kami mencukurnya sendiri... MakUda Irfan yang cukurkan... Dia je yang berani... Hehehe...

Kenapa kita perlu mencukur rambut bayi... Berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Ali bahawasanya Rasulullah S.A.W. melakukan aqiqah untuk Hassan dengan seekor kambing seraya bersabda mafhumnya : "Wahai Fatimah, cukurlah rambut kepalanya lalu sedekahkanlah sebanyak nilaian berat timbangan rambutnya itu dengan wang perak.' Setelah ditimbang, nilaiannya sekadar satu dirham atau beberapa dirham. (Riwayat al-Tirmizi) 

Menurut mazhab Maliki dan Syafi'i, bersedekah itu boleh sama ad berdasarkan nilaian emas atau perak manakala mazhab Hambali hanya mengehadkan pada nilaian perak sahaja... Hukumnya adalah sunat...

Rambut Irfan belum timbang lagi... Tak tahu berapa beratnya... InsyaAllah akan timbang di kedai emas yang berdekatan... Kalau tengok dari rambut dia, tak ada la banyak sangat... Aqiqah belum buat la... InsyaAllah jikalau ada rezeki dalam bulan 3 atau 4 tahun ni... Kalau lelaki jumlahnya 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu...

Muhammad Irfan sebelum bercukur

Muhammad Irfan selepas bercukur, hensem macam papa dia.hehehe...

Wednesday, 7 January 2015

Jaundis....

Apa la pulak Jaundis ni kan... Sejunis kuih ke... Hehehe... Jaundis ni selalunya orang kata penyakit kuning... Meh saya cerita skit macam mana terjadinya penyakit kuning ni...

 Gambar sumber Encik Google

Semasa berada di dalam kandungan, bayi memerlukan sel darah merah yang banyak untuk membawa gas oksigen bagi tumbesaran dan perkembangan bayi kerana pada masa ini paru-paru janin masih belum berfungsi...

Sebaik sahaja dilahirkan, paru-paru bayi mula berfungsi dan kandungan oksigen di dalam darah bayi bertambah... Sel darah merah yang berlebihan dalam badan bayi tidak diperlukan lagi dan akan dimusnahkan secara semula jadi dalam badan bayi kita...

Sel darah merah yang musnah tadi akan menjadi zat besi dan bilirubin... Bilirubin yang diproses dalam hati seterusnya akan dikeluarkan dari badan dia melalui najis... Zat besi tu pula akan disimpan di dalam badan untuk pembentukan sel darah merah yang baru...

Hati bayi ni tak sematang orang dewasa... Maka tak begitu efisien... Jumlah bilirubin ni la yang menyebabkan bayi kita mendapat penyakit kuning...Byi akan kelihatan seolah-olah bewarna kuning... Kalau jumlah bilirubin sangat tinggi boleh menyebabkan perkembangan otak terganggu... Kalau terlalu tinggi selalunya bayi akan diletakkan di bawah sinaran fototerapi....

Gambar sumber Encik Google

Irfan pun ada kena kuning ni... Setiap hari akan ada jururawat datang ke rumah untuk memantau sejauh mana kuningnya... Alhamdulillah Irfan hanya sampai muka sahaja... Tapi mata Irfan memang nampak kuninnya... Setiap hari kena bawa dia untuk analisis darah untuk memastikan kandungan bilirubin dalam darah...

Oleh kerana tak berapa puas hati dengan perkhidmatan dan layanan dari Klinik Kesihatan Tampin, kami buat keputusan untuk membawa Irfan diperiksa oleh pakar swasta... Kami ke Klinik Pakar Kanak-kanak Dillon di Seremban... Baik doktornya dan perjelasan doktor tersebut sangat baik dan menyenangkan hati...
Setelah diperiksa, tahap bilirubin dalam badan Irfan dah mula menurun, jadi tak perlu risau kerana bila dah mula menurun, dia akan terus menurun...

Menurut doktor, normal untuk bayi mendapat kuning dalam seminggu kelahiran dan secara normal akan berkurangan selepas itu... Bukan hendak perkecilkan kakitangan di Klinik Kesihatan Tampin tetapi layanannya sangat berbeza... Ini semua bergantung kepada sikap, sedangkan sebelum ini Zu buat pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan juga tetapi di Putrajaya la... Sangat berbeza, servis yang sama cuma tempat yang berlainan... Hmmm, agaknya sebab ni la ramai yang lebih suka ke swasta... Tetapi kalau di Klinik Kesihatan mahupun Hospital Putrajaya, layan dan perkhidmatan yang diberikan sangat baik sekali...

Thursday, 1 January 2015

Pemberian Nama...

Susah juga nak cari nama ni sebenarnya... Sebelum baby lahir lagi dah mencari dah pelbagai nama... Tapi tak tahu la kenapa hati ni berkenan sangat dengan nama yang satu ni... Apa nama tu... Jeng jeng jeng... Hehehe...

Buku yang kami jadikan rujukan untuk memilih nama anak... Tulisan Mohammad Ainul Sofwa terbitan Al-Hidayah

Setelah mendapat persetujuan Zu, maka nama yang terpilih dengan rasminya

MUHAMMAD IRFAN BIN ZUL HELMI

Muhammad bermaksud yang terpuji... Sempena nama Nabi junjungan kita... InsyaAllah diharap dengan ini dia dapat memegang apa yang diajarkan Nabi kitaNabi Muhammad S.A.W... Irfan pula bermaksud kesyukuran... Irfan juga boleh membawa maksud kebijaksanaan... Tapi sebab utama nama Irfan saya pilih kerana maksud kesyukuran tu... Ini lah rezeki yang tak terhingga yang kami sangat tunggu-tunggukan... Sebab tu bila terpandang je maksud nama Irfan  tu kesyukuran... Hati ni terus terpaut... 

Setelah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara, maka dengan rasminya tertera nama Muhammad Irfan Bin zul helmi dalam sistem negara kita... Hehehe... 

Apa yang penting yang perlu dibawa ketika hendak mendaftar ni merupakan salinan kad pengenalan bapa dan ibu beserta yang asal, borang yang diberi oleh hospital yang terdapat maklumat kelahiran, borang JPN yang telah diisi, dan jangan lupa buku merah si ibu... buat salinan muka depan dan juga maklumat perihal kelahiran yang terdapat dalam tu... Buku merah tu pun jangan lupa bawa... Masa hendak mendaftar tu, buku ni yang terlupa bawa, sebab tak tahu... Kena la balik rumah semula ambil dan datang balik... Nasib baik la rumah mentua dengan JPN ni tak jauh mana...

Sekejap je dah siap Surat Beranak Irfan... Alhamdulillah...

Lepas sebulan dah boleh ambil MyKid Irfan...